Opps! RBNZ Tak Sengaja Dedah Maklumat Sensitif

371

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengatakan ia secara tidak sengaja mendedahkan maklumat sensitif dari Penyata Dasar Monetari terbarunya kepada sekumpulan firma perkhidmatan kewangan sebelum waktu penerbitan rasmi minggu lalu.

Maklumat itu dikatakan terkandung dalam surat yang dikirimkan kepada institusi kewangan bukan bank, 45 minit sebelum pernyataan polisi diterbitkan secara rasmi pada 11 November lalu.

Kandungan surat tersebut mengesahkan keputusan RBNZ untuk memperkenalkan rangsangan monetari baru dalam bentuk Program Pembiayaan untuk Pinjaman, tetapi tidak mengandungi penjelasan yang lebih spesifik.

Maklumat yang terkandung dalam surat itu bagaimanapun dikatakan tidak akan memberikan keuntungan kepada sesiapa pun, tetapi bank pusat memandang serius dan akan menyiasat masalah ini.

Pada mesyuarat polisi minggu lalu, bank pusat New Zealand telah mengumumkan rangsangan baru dalam bentuk pinjaman murah kepada bank yang bertujuan untuk terus menurunkan kadar faedah bagi mendorong pemulihan ekonomi.

Selain itu, ia juga menyatakan unjuran ekonomi yang lebih optimis, sekali gus mendorong kenaikan dolar New Zealand lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat