Oppss Sorry Trump, Kami Dah Bosan!-Deutsche Bank

1,554

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh 3 orang pegawai bank, Deutsche Bank AG sedang mencari jalan untuk mengakhiri hubungannya dengan Presiden Donald Trump selepas pilihan raya AS, kerana ianya telah menimbulkan publisiti negatif terhadap bank berkenaan.

Menurut sebuah laporan, Deutsche Bank menjalankan pinjaman kira-kira $ 340 juta kepada Organisasi Trump, kumpulan presiden tersebut yang kini dikendalikan oleh 2 orang anak lelakinya. Selain itu, ianya telah dijamin secara peribadi oleh presiden berkenaan.

Di samping itu, bank tersebut mendedahkan bahawa selama bertahun-tahun mereka telah meminjamkan Trump lebih daripada $ 2 bilion.

Sebelum ini, Deutsche Bank telah memeriksa dengan teliti hubungannya dengan Trump, termasuk dengan menubuhkan sebuah kumpulan kerja pada tahun 2016 untuk meninjau hubungan bank itu dengan beliau, namun mereka telah memutuskan untuk mengakhiri perhubungan tersebut setelah pilihan raya Presiden AS.

Walau bagaimanapun, bank berkenaan enggan mengemukakan sebarang komen berhubung isu tersebut begitu juga dengan Organisasi Trump dan White House yang bertindak untuk mendiamkan diri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat