OPR Dijangka Kekal 2.75% Sepanjang Tahun Ini, Betul Ke BNM?

420

Selain Federal Reserve (Fed), Bank Negara Malaysia (BNM) juga akan menyampaikan keputusan kadar faedah pada minggu depan (Rabu, 3 Mei).

Namun, apa yang menjadi persoalan pada saat ini adalah apakah keputusan yang akan diambil oleh bank pusat itu setelah mengekalkan kadar tidak berubah sebanyak dua kali berturut-turut?

Reuters menerusi tinjauannya melihat kemungkinan bahawa BNM bakal membiarkan kadar dasar semalaman (OPR) kekal pada 2.75% pada mesyuarat akan datang.

Bukan itu sahaja, terdapat juga jangkaan bahawa OPR mungkin tidak berubah sepanjang tahun ini memandangkan inflasi telah berkurang lebih cepat daripada dijangkakan.

Terdahulu, dilaporkan inflasi Malaysia jatuh ke paras terendah 9 bulan kepada 3.4% pada bulan Mac, tidak jauh daripada julat sasaran bank pusat 2%-3%.

Ia sekali gus dilihat memberi ruang lebih lanjut buat BNM untuk terus menilai kesan kenaikan kadar faedah yang dilaksanakan pada tahun lepas terhadap ekonomi.

Menurut tinjauan yang dijalankan pada 24-27 April, 21 daripada 25 ahli ekonomi atau lebih 89% mengunjurkan BNM mengekalkan kadar pada tahap semasa, manakala selebihnya meramalkan peningkatan 25 mata asas.

Sungguhpun begitu, 9 daripada 22 ahli ekonomi mengunjurkan satu lagi kenaikan tahun ini, walaupun ramalan median melihatkan OPR mungkin kekal pada 2.75% sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat