Ops! Elon Musk Selar Pihak Media Kerana Lebih Tekankan Berita Negatif

430

Bak kata orang putih ‘make love, not war’.

Elon Musk dalam satu ciapan di laman Twitter peribadinya menyelar dan mengkritik media ‘tradisional’ kerana menyebabkan ‘aliran kebencian tanpa henti’ terhadap berita buruk atau negatif.

Elon Musk menulis dalam bebenang di Twitter menyatakan pandangannya berkenaan bagaimana pihak media terlalu menekankan berita buruk sehingga tidak memberi gambaran realiti yang tepat seterusnya mempengaruhi emosi seseorang kepada sedih atau marah.

Tweet tersebut telah dibuat selepas pengarah penyelidikan Ark Investment Management LLC, Brett Winton menulis dalam Twitternya menyuarakan rasa pelik mengapa warga Internet cuba membeli, mengancam, memeras ugut dan menyerbu firma untuk menyerah pada Tesla.

Musk telah menjawab tweet tersebut dengan menyatakan kempen tweet Ketakutan, Ketidakpastian dan Keraguan (FUD) yang gila dan aliran kebencian pada 2017-2019 masih boleh dijumpai.

Selain itu, Musk juga sangat aktif dalam membalas tweet pengguna lain dimana dalam satu tweet dia mencadangkan bahawa mungkin sebahagian daripada saluran media tradisional sangat negatif adalah kerana ia telah menjadi tabiat yang sukar untuk ditukar dan mereka jarang bersikap positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat