Ops! Harga Emas Kembali Tergelincir

2,386

Logam kuning emas kembali merosot di bawah harga $1,800 per auns, ditekan oleh matawang US dolar yang lebih kuat susulan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat yang meningkat tinggi pada bulan Oktober.

Indeks keyakinan pengguna AS tanpa dijangka telah melonjak pada bulan Oktober dengan catatan yang lebih kuat 113.8 berbanding bacaan yang disemak semula sebelum ini 109.8.

Harga emas yang telah pun di bawah tekanan sebelum data sentimen pengguna dikeluarkan, terus susut lebih rendah susulan angka yang dipamerkan lebih kukuh daripada dijangkakan.

Perbelanjaan pengguna dijangka akan terus menyokong pertumbuhan pada tahun ini, selepas terdapat laporan yang menunjukkan kadar pengguna yang merancang untuk membeli rumah, kereta dan peralatan utama telah menunjukkan peningkatan pada bulan ini.

Pada sesi Asia, logam berharga itu diniagakan meningkat $1,788 per auns, semakin jauh dari paras ketinggian satu bulan yang dicapainya akhir minggu lalu. Sementara niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $1,789 per auns.

Dagangan dolar greenback pula didagangkan stabil menghampiri paras tertinggi satu minggu pada 93.90 berbanding pesaing utamanya.

Sementara hasil bon AS 10 tahun pula sedikit susut pada tahap 1.62% selepas mencatatkan kenaikan pada sesi sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat