Ops! USD Dah Jatuh Balik Pada Sesi Eropah

639

Berita terbaru mengenai vaksin Pfizer-BioNTech sedikit sebanyak membantu mengangkat sentimen pasaran pada sesi Eropah.

Menurut laporan terbaru, vaksin Pfizer dikatakan memberi perlindungan 70% terhadap kemasukan ke hospital dalam gelombang wabak Covid-19 terkini di Afrika Selatan.

Kajian yang dikeluarkan Discovery Health adalah berdasarkan lebih daripada 211,000 kes positif Covid-19, yang mana kira-kira 78,000 dipercayai dikaitkan dengan varian Omicron.

Walaupun ia tidak memberi gambaran tepat tenang keberkesanan vaksin terhadap Omicron, tetapi sekurang-kurangnya ia memberikan sedikit idea tentang bagaimna kapasiti perubatan boleh menangani peringkat awal penularan varian tersebut.

Perkhabaran ini kembali mengangkat dagangan kebanyakan matawang utama untuk meningkat pada sesi Eropah dan mendorong kemerosotan dagangan dolar greenback.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar didagangkan sedikit susut pada sekitar harga 96.25.

Tumpuan pelabur kini beralih kepada mesyuarat polisi FOMC yang akan bermula pada hari Selasa (waktu AS) dengan keputusannya diumumkan pada Rabu.

Sebelum itu, pelabur akan diperlihatkan dengan penerbitan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat pada sesi New York malam ini yang dijangka akan menunjukkan sedikit penurunan daripada bacaan sebelumnya.

Dagangan euro sedikit meningkat dengan pergerakan harga kini dilihat menuju ke paras harga 1.1300 berbanding USD, selain tumpuan pasaran turut terarah kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat