Opsss Sorry AS! Indonesia Tak Nak Sebelahkan Sesiapa!

1,213

Menurut sebuah sumber, Indonesia telah menolak permintaan AS bagi pesawat pengawasan maritim P-8 Poseidon mendarat dan mengisi bahan bakar di sana. Sebelum ini, pegawai AS telah membuat beberapa pendekatan ‘high level’ pada bulan Julai dan Ogos kepada menteri pertahanan dan luar negeri Indonesia sebelum presiden Indonesia, Joko Widodo, menolak permintaan itu.

Walau bagaimanapun, wakil presiden dan menteri pertahanan Indonesia, Jabatan Luar Negeri AS dan kedutaan AS di Jakarta tidak mahu mengemukakan apa-apa maklum balas berhubung isu berkenaan begitu juga dengan wakil Jabatan Pertahanan AS dan menteri luar Indonesia, Retno Marsudi bertindak untuk mendiamkan diri.

Selain itu, permintaan tersebut muncul apabila AS dan China seakan-akan berebut untuk meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara sekaligus mengejutkan para pemerintah Indonesia kerana negara berkenaan mempraktikkan polisi berkecuali serta melarang tentera asing untuk beroperasi di sana.

Untuk pengetahuan semua, P-8 memainkan peranan penting dalam mengawasi kegiatan ketenteraan China di Laut China Selatan, yang kebanyakannya dianggap oleh Beijing sebagai wilayah berdaulat.

Namun begitu, Indonesia bukan penuntut formal terhadap perairan tersebut secara strategis, tetapi menganggap sebahagian Laut China Selatan sebagai miliknya. Oleh yang demikian, mereka telah menghalang keberadaan kapal pengawal pantai dan kapal nelayan China dari kawasan yang dikatakan oleh Beijing bahawa ia mempunyai tuntutan bersejarah.

Tetapi negara ini juga mempunyai hubungan ekonomi dan pelaburan yang baik dengan China. Oleh itu, mereka tidak mahu berpihak kepada mana-mana negara serta terlibat dalam persaingan mereka.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat