Optimis Terhadap Perjanjian AS-China, Pasaran Hari Ini Bermula Dengan Baik.

343

Matawang US Dolar mengukuhkan prestasinya pada permulaan dagangan hari ini selepas mencatatkan kenaikan bulanan terbesar dalam tempoh empat bulan. Harapan yang positif terhadap perjanjian perdagangan AS-China adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kenaikan nilai matawang ini. Namun pelabur tetap berhati-hati terhadap kritikan Trump mengenai kekuatan nilai dagangan USD.

Sementara itu, matawang Euro pula masih belum mendapat rentak untuk mengukuh dalam pasaran semasa berikutan masih berdepan risiko pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah.

Pada minggu ini pula, tumpuan pelabur akan terarah kepada penetapan kadar faedah oleh European Central Bank (ECB) pada Khamis nanti. Pasaran menjangkakan bank pusat akan mengemaskini penurunan unjuran ekonomi dan bakal menambahkan lagi risiko terhadap dagangan Euro.

Dalam perkembangan di London pula, Pound Sterling didorong oleh Perdana Menteri Britain, Theresa May yang membenarkan para penggubal undang-undang untuk mengundi bagi penangguhan Brexit jika PM May masih gagal mendapat kelulusan untuk pelan Brexit beliau.

Berbalik kepada cerita pada pasaran Asia hari ini pula, Aussie melakukan penurunan walaupun sentimen pasaran yang kembali stabil, Hal ini disebabkan oleh data indikator perniagaan Australia untuk suku tahun keempat yang hadir lebih lemah daripada yang jangkaan dengan keuntungan, inventori dan kadar upah semuanya di bawah ramalan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat