Oracle Dan Microsoft ‘Berebut’ Nak Dapatkan TikTok?

230

Menurut sebuah sumber, Oracle, sebuah syarikat perisian terkemuka sedang dalam perbincangan untuk memperoleh aset syarikat media sosial TikTok Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand. Selain itu, Oracle dikhabarkan telah bekerjasama dengan sebuah firma venture capital Amerika Syarikat yang memiliki kepentingan dalam TikTok.

Di samping itu, sebuah laporan mendedahkan 2 pelabur yang bekerjasama dengan Oracle iaitu General Atlantic dan Sequoia Capital.

Walau bagaimanapun, TikTok dan Oracle enggan memberikan apa-apa maklum balas berkenaan isu tersebut.

Sementara itu, rundingan Oracle untuk memperoleh operasi TikTok di 4 negara didakwa sedang berlangsung dan telah dipercepat dalam beberapa hari terakhir. Manakala Microsoft telah pun mendahului beberapa syarikat lain dalam menyatakan minta mereka untuk mendapatkan aplikasi milik ByteDance itu.

Walaupun Microsoft telah bekerjasama dengan pemerintah Amerika Syarikat untuk memperoleh aset TikTok selama lebih dari satu bulan, pengasas dan ketua eksekutif Oracle, Larry Ellison telah menyatakan sokongannya terhadap Presiden Donald Trump. Untuk pengetahuan semua, Ellison telah melancarkan acara pengumpulan dana kempen untuk Trump awal tahun ini.

Sebelum ini, pentadbiran Trump telah menyatakan bahawa mereka akan menjalankan sekatan terhadap TikTok di Amerika Syarikat jika ByteDance tidak melepaskan operasi mereka di negara itu pada bulan November.

Oracle tidak mempunyai perniagaan berkaitan media sosial atau consumer-facing video. Secara teorinya, Oracle dapat menggunakan data pelanggan yang dikumpulkan oleh TikTok untuk meningkatkan pemasaran produknya. Oleh yang demikian, syarikat berkenaan sanggup menghabiskan puluhan bilion untuk mendapatkan syarikat media sosial terkemuka itu.

Tambahan daripada itu, Oracle dikatakan perlu mencari jalan pertumbuhan baru kerana Amazon Web Services telah mendominasi cloud computing, diikuti oleh Microsoft Azure dan Google Cloud. Pada suku keempat fiskal Oracle, pendapatannya telah menurun sebnyak 6% menjadi $ 10.4 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat