Orang Kanan Warren Buffett Sokong China Haramkan Penggunaan Kripto!

1,861

Timbalan pengerusi Berkshire Hathaway dan juga kawan baik Warren Buffett, Charlie Munger ternyata menyokong dan bangga dengan tindakan kerajaan China mengharamkan aktiviti perdagangan mata wang kripto.

Tidak cukup dengan itu, Munger memperlekehkan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain kerana gagal mencontohi tindakan China:

“Saya percaya China telah membuat keputusan yang terbaik dengan menyekat mata wang kripto. Sebaliknya negara saya sendiri silap membuat percaturan.”

Sebagai rekod, Securities and Exchange Commission (SEC) telah bersetuju untuk tidak menyekat kipto, menyerahkan keputusan itu Kongres.

Munger juga mengharapkan mata wang kripto tidak pernah wujud, menunjukkan individu ini tidak berminat untuk jadikan aset itu sebagai sebahagian portfolio pelaburannya.

Jelasnya, penerbitan mata wang kripto adalah bersandarkan kepada kepentingan peribadi pengeluarnya.

“Saya berpendapat era ini lebih gila berbanding era dot com.”

Buffett pula dari sisi lain pernah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Bitcoin memiliki nilai sifar, tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh komuniti kripto.

Tetapi beliau akui kewujudan blockchain sangat penting.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat