Orang Lain Jangan Kacau! Ini Untuk Rakyat Amerika Je Dulu!

1,631

Presiden Donald Trump akan menandatangani perintah eksekutif pada hari Selasa untuk memastikan bahawa akses keutamaan untuk vaksin Covid-19 yang diperoleh kerajaan diberikan kepada rakyat Amerika sebelum membantu negara lain.

Penandatanganan tersebut dijadualkan berlangsung semasa sidang kemuncak vaksin di White House pada hari ini.

Perintah itu dibuat setelah The New York Times melaporkan pada hari Isnin bahawa Pfizer telah menawarkan untuk menjual dos vaksin tambahan kepada AS beberapa bulan lalu, tetapi akhbar itu mengatakan kerajaan telah menolaknya.

Penolakan tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan kebimbangan bahawa Pfizer mungkin tidak akan dapat memenuhi pesanan tambahan daripada Washingon sehingga bulan Jun kerana komitmen syarikat terhadap negara lain.

Namun begitu, pegawai pentadbiran Trump menafikan mereka menolak peluang untuk membeli lebih banyak dos vaksin Pfizer dan memberitahu bahawa kerajaan sedang berada dalam perbincangan mengenainya.

Sementara itu, dalam laporan berasingan, syarikat pembuat vaksin Pfizer dan Moderna dilaporkan telah menolak jemputan Presiden Donald Trump untuk hadir ke sidang kemuncak vaksin di White House.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat