Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) Putuskan Pentadbiran Trump Didapati Bersalah!

1,381

Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) memutuskan pada hari Selasa bahawa tarif pentadbiran Trump terhadap barang-barang China bernilai lebih $ 500 bilion adalah melanggar peraturan antarabangsa.

Penganalisis berpendapat bahawa ini mungkin boleh dianggap kemenangan retorik buat Beijing yang telah berulang kali mengecam tindakan perdagangan Trump tetapi tidak membawa kesan yang mengikat. Disisi lain Presiden Trump juga telah bekali-kali mengkritik WTO dan menuduh WTO tidak memperilakukan US dengan adil.

Wakil Perdagangan A.S. Robert Lighthizer dalam satu kenyataan menyatakan bahawa laporan panel ini mengesahkan apa yang dikatakan oleh Pentadbiran Trump selama empat tahun bahawa pergantungan terhadap WTO adalah tidak mencukupi untuk menghentikan pengamalan pengunaan teknologi oleh China.

Lanjut beliau kenyataan panel WTO bukan sahaja tidak membantah bukti yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat mengenai pencurian harta intelek oleh China malah WTO juga tidak memberikan penyelesaian untuk kesalahan tersebut.

Lighthizer menyuarakan bahawa Amerika Syarikat mesti dibenarkan mempertahankan diri daripada amalan perdagangan yang tidak adil, dan pentadbiran Trump tidak akan membiarkan China menggunakan WTO untuk memanfaatkan pekerja, perniagaan, petani, dan para peternak Amerika

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat