Pada Tahun 2022, ‘Mining’ Bitcoin Akan Lebih Mesra Alam?

2,396

Pada hari ini, CEO Marathon, Fred Thiel mengeluarkan kenyataan yang memberi rangsangan terhadap pasaran kripto. Beliau menyatakan bahawa setelah semua pelombong milik Marathon dikerahkan pada akhir suku pertama 2022, dengan itu hashrate akan menjadi 10.37% EH/s dan operasi akan menuju kepada neutral karbon sebanyak 70%. Dalam jangka masa panjang, Marathon memiliki visi untuk mencapai 100% neutral karbon.

Marathon Digital Holdings, syarikat perlombongan Bitcoin (BTC) Amerika Syarikat, telah mengumumkan rancangan untuk mencapai 70% neutral karbon untuk operasi perlombongan kripto mereka.

Syarikat tersebut memiliki objektif untuk mengurangkan karbon dengan membangunkan pusat data baru yang dapat menampung sekitar 73,000 pelombong bitcoin yang ditempah sebelum ini. Bagi mencapai matlamat ini, Marathon merancang untuk memulakan pembinaan pada Oktober 2021 dengan kerjasama rakan industri lain.

Di bawah terma perjanjian, Marathon akan memberikan pinjaman selama 18 bulan kepada Compute North yang bernilai sehingga $67 juta.

Lanjut Fed Thiel, Compute North merupakan rakan kongsi jangka panjang dan memperluaskan hubungan kerja melalui perjanjian baru. Perjanjian ini akan membuka ruang kepada Marathon untuk menjadi salah satu pelombong Bitcoin terbesar dan paling mesra alam di Amerika Utara.

Pengumuman Marathon Digital datang tepat pada masanya, memandangkan sejak akhir ini kritikan mengenai isu perlombongan menjadi perhatian utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat