Padah Mungkir Janji! Biden Enggan Batalkan Tarif Terhadap China

527

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan bahawa beliau belum bersedia untuk menghapuskan tarif yang dikenakan ketika era pemerintahan Trump terhadap barangan import China.

Hal ini disebabkan oleh kegagalan Beijing untuk memenuhi janjinya yang dibuat di bawah perjanjian perdagangan fasa satu yang ditandatangani dua tahun lalu.

China perlu membeli $200 bilion tambahan dalam barangan dan perkhidmatan AS pada tahun 2020 dan 2021. Walaupun begitu, disebabkan wabak pandemik Covid-19 yang melanda, Beijing gagal memenuhi perjanjian tersebut.

Menurut data yang dikumpulkan oleh Peterson Institute for International Economics, pembelian China hanya mencapai kira-kira 60% daripada sasaran sehingga November 2021.

Dalam pada itu, Biden mengakui bahawa terdapat beberapa kumpulan perniagaan yang mendesak supaya AS membatalkan tarif tersebut. Bagaimanapun, beliau berpendapat masih terlalu awal untuk melakukannya kerana kegagalan China.

China sebelum ini menyatakan harapannya terhadap Amerika supaya boleh mewujudkan keadaan untuk mengembangkan kerjasama perdagangan. Namun, Biden tampaknya tidak bersedia untuk melakukannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat