Padanlah USD Susut! Ini Sebab Dia

2,200

Permulaan dagangan awal minggu menyaksikan dolar greenback didagangkan berlegar di sekitar paras terendah satu minggu berbanding pesaing utamanya, setelah mengalami penyusutan besar pada Jumaat.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar didagangkan rendah di sekitar harga 92.52, mengekalkan kejatuhan 0.50% dari akhir minggu lalu.

Tinjauan University of Michigan yang dikeluarkan pada Jumaat lalu menunjukkan sentimen pengguna merosot ke tahap terendah sejak 2011 di tengah peningkatan jangkitan Covid-19 disebabkan oleh varian Delta yang cepat merebak.

Kemerosotan ini telah mengheret hasil perbendaharaan AS 10 tahun menyusut lebih rendah dan mempengaruhi kelemahan US dolar.

Penerbitan data jualan runcit Amerika Syarikat yang dijadualkan pada hari Selasa akan menjadi tumpuan pasaran seterusnya sebagai petunjuk lebih lanjut mengenai tingkah laku pengguna.

Sementara itu, pembuat dasar Federal Reserve (Fed), Neel Kashari mengatakan bahawa beliau ingin melihat beberapa lagi laporan pekerjaan yang kukuh sebelum melaksanakan pengurangan dalam pembelian asetnya.

Hal ini kerana, matlamatnya ada untuk mengembalikan pasaran buruh ke tahap sekurang-kurangnya pra-pandemik. Menurut penganalisis, jangkaan untuk Fed melaksanakan pengurangan adalah antara bulan September dan Januari.

Pada hari Rabu, Fed akan mengeluarkan laporan minit mesyuarat dasar monetari terbaru mereka, yang pastinya akan diperhatikan dengan teliti oleh pelabur untuk mendapatkan petunjuk lebih jelas mengenai bila bank pusat akan melaksanakan pengetatan dasar.

Dalam pada itu, matawang euro diniagakan stabil di sekitar paras ketinggian satu minggu yang dicapainya pada Jumaat berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat