Padu! Audius (AUDIO), Axie Infinity (AXS) & Small Love Potion (SLP) Bertahan Dalam Kegawatan Pasaran Kripto!

265

Tiga platform berkait rapat dengan non-fungible token (NFT) tampil unggul sebagai token yang mencatatkan prestasi terbaik menerusi satu laporan yang didedahkan.

Barangkali, kekuatan NFT yang memiliki pelbagai kes penggunaan dan aplikasi menyebabkan sektor ini kekal bertahan walaupun secara keseluruhannya pasaran kripto tidak menggembirakan.

Audius (AUDIO)

Ekosistem ini terus berkembang dengan kadar kemasukan pengguna baru yang meningkat. Malah, beberapa kumpulan pemuzik terkenal juga seperti Wheezer telah pun menyertai industri NFT melalui Audius.

AUDIO mula menunjukkan pergerakan positif bermula 9 Julai, $0.86 sebelum melonjak lebih 74% kepada nilai tertinggi harian, $1.36 pada awal pagi tadi.

Bagaimanapun, ketika penulisan aset ini didagangkan pada $1.29, meningkat lebih 36% dalam 24 jam.

Axie Infinity (AXS)

Pada minggu lepas lepas Team Intraday ada memuat naik keuntungan yang diraih oleh pengguna AXS apabila aset tersebut melonjak lebih 400% dengan rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada rekod terbaru itu adalah disebabkan kemerosotan ekonomi bagi beberapa negara, menyebabkan lonjakan rekod pengguna baru di platform itu yang mencari alternatif kepada pendapatan utama.

AXS menunjukkan isyarat bullish pada 7 Julai, $10.41 sebelum mencatatkan ATH terbaru dengan lonjakan lebih 117%, $22.47 pada 13 Julai. Bagaimanapun, AXS ketika penulisan didagangkan pada $20.48, susut lebih 8% daripada rekod ATH.

Small Love Potion (SLP)

Selain lonjakannya yang didorong oleh penggunaan sebagai token natif ekosistem Axie Infinity, SLP juga mencatatkan keuntungan selepas disenaraikan di pertukaran derivatif matawang kripto FTX semalam, waktu tempatan.

Dalam 24 jam, SLP mencatatkan lonjakan hampir 60%, daripada nilai dagangan $0.25 pada 12 Julai kepada $0.41 pada hari berikutnya.

Bagaimanapun ketika penulisan, aset ini mencatatkan nilai $0.31, susut lebih 7% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat