‘Pair’ Mana Yang ‘Best’ Untuk Trade Hari Ini?

606

Raja matawang USD terus menguat berbanding pesaing utamanya, menyusuli kenaikan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat yang meneruskan kemajuan lebih tinggi di sekitar tahap tertinggi satu tahun.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan mengukuh di paras ketinggian 3 setengah bulan pada 92.48.

Berbanding yen, dolar greenback meningkat ke tahap tertinggi 9 bulan, sementara safe-haven Swiss franc pula melemah ke paras terendah 7 bulan.

Selain itu, matawang euro pula tenggelam di paras terendah yang tidak pernah dilihat sejak akhir November di paras harga 1.18370 berbanding USD.

Penurunan tidak dijangka dalam pengeluaran industri Jerman antara yang turut menyumbang kepada kemerosotan matawang euro, selain turut terkesan dengan pengukuhan dolar greenback.

Sementara itu, matawang pound didagangkan sedikit berubah, tidak terkesan dengan kenyataan Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey yang mengatakan bahawa pasaran harus bersikap positif terhadap prospek ekonomi Britain, tetapi juga realistik terhadap cabaran dari perubahan struktur.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi terus mencatatkan penyusutan lebih rendah ketika pelabur kini menumpukan perhatian kepada ucapan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe pada awal pagi esok.

Walaupun Gabenor Lowe optimis dengan berhati-hati terhadap ekonomi Australia, tetapi pelabur akan melihat petunjuk mengenai prospek dasar monetari lebih lanjut untuk menentukan pergerakan jangka pendek.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat