Pair USD/CAD Melonjak Selepas News Besar Bank of Canada

880

Pair USD/CAD naik lebih tinggi selepas news besar Bank of Canada pukul 11 malam tadi. Dolar Kanada (CAD) juga bergerak lebih rendah berbanding matawang-matawang yang lain apabila pasaran melihat Bank Pusat berhati-hati dengan polisi perdagangan Amerika.

Bank of Canada (BoC) mengekalkan kadar faedahnya pada Rabu seperti yang dijangka oleh pasaran. Ketika ini kadar faedah adalah 1.25%, yang mana telah dinaikkan sebanyak 3 kali sebelum ini.

Bank of Canada (BoC) mengatakan pertumbuhan ekonomi global kekal kukuh dengan pemotongan cukai dari kerajaan baru AS memberi kesan positif kepada dunia secara keseluruhan. Walaubagaimanapun, polisi perdagangan Amerika adalah sumber ketidakpastian (uncertainty) kepada ekonomi Kanada.

Untuk pengetahuan anda, rakan dagang Kanada yang terbesar adalah Amerika Syarikat. Oleh sebab itu, perkembangan terkini tentang cukai import keluli dan aluminium menjadi kebimbangan BoC.

Berkenaan dengan inflasi, bank pusat mengatakan ia bergerak semakin hampir dengan sasaran 2%. Selain itu, kadar kenaikan gaji naik dengan kukuh walaupun ia masih di tahap rendah jika mengambil kira ketiadaan masalah kecil dalam pasaran buruh.

Bank pusat mengatakan, jangkaan ekonomi menunjukkan keperluan untuk menaikkan kadar faedah di masa akan datang. Namun, akomodasi (sokongan) dalam ekonomi adalah perlu untuk ekonomi terus bergerak positif.

Akhir sekali, ahli-ahli BoC menegaskan mereka akan terus berhati-hati dalam mempertimbangkan perubahan polisi. Perubahan polisi akan bergantung kepada data dalam menilai sensitiviti ekonomi terhadap kenaikan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat