Pakar Bimbang – Pemulihan Ekonomi UK Pasca Brexit!

192

Martin Sorrell yang merupakan salah seorang ternama dalam arena perniagaan di UK pada hari Isnin telah memberikan ulasan mengenai prospek ekonomi Britain. Menurut beliau, UK boleh mengambil masa 5 sehingga 10 tahun untuk pulih secara sepenuhnya dari pandemik COvid-19 kerana impak besar pandemik terhadap kewangan UK dan ditambah untuk membina semula ekonomi pasca Brexit.

UK mencatatkan jumlah kematian terbesar di Eropah disebabkan pandemik Covid-19 dan penguncupan ekonomi terbesar dari mana-mana negara G7 sehingga memerlukan pentadbiran UK menyuntik dana lebih dari 200 bilion pound ke dalam ekonomi.

UK kini dalam persiapan terakhir untuk meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Disember, dan setakat ini belum mementerai perjanjian perdagangan masa hadapan dengan Kesatuan Eropah.

Sorrell mengatakan berkemungkinan UK akan mengambil masa 5 hingga 10 tahun sebelum ekonomi pulih sepenuhnya dari Brexit dan perubahan dalam industri.

UK telah meninggalkan EU pada Januari lepas namun pihak pentadbiran UK kini berusaha untuk mencapai kesepakatan yang akan mengatur perdagangan tahunan yang berjumlah hampir 1 trilion setahun.

Akhir sekali beliau berpendapat bahawa negara perlu memulakan program pelaburan baru bukan hanya dalam infrastruktur fizikal namun juga ke dalam kemampuan 5G dan kemampuan teknologi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat