Pakar Blockchain Diperlukan!! Mastercard Bakal Menggunakan Teknologi Blockchain Dalam Sistem Transaksi

1,693

Salah satu processor pembayaran yang paling top dalam dunia dan syarikat gergasi kewangan, Mastercard telah mengeluarkan pengumuman baru-baru ini bahawa mereka sedang memperkembangkan pasukan mereka dengan menambah 175 teknologi developer termasuk pakar-pakar Blockchain. Developer-developer tersebut akan bekerja di pejabat yang terletak di bandar Leopard, Ireland dimana tempat tersebut merupakan terletaknya makmal penyelidikan Mastercard.

Pakar-pakar blockchain akan bekerja bagi menghasilkan sistem pembayaran yang lebih effisien. Kenyataan ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh Mastercard. Syarikat tersebut juga menyatakan bahawa mereka akan bekerja keras untuk mengembangkan perkhidmatan mereka. Sonya Geelon yang merupakan pengurus Mastercard di Ireland, mengatakan;

”Kami sedang memandu sebuah projek yang berteraskan blockchain untuk mempromosikan perkhidmatan perbankan yang seluas-luasnya kepada masyarakat khususnya mereka yang di rumah dan luar negara. Kami sedang mengusahakan untuk menawarkan perkhidmatan yang paling inovatif, selamat dan sulit dalam sistem pembayaran kepada pelanggan, syarikat-syarikat dan kerajaan.”

Terdapat laporan yang mengatakan bahawa Mastercard sedang memberi perhatian dengan saksama pada teknologi blockchain dan aplikasinya dalam perkhidatan pembayaran. Pada bulan Oktober 2017, syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan program API bagi memperlancarkan transaksi binses kepada bisnes. Cita-cita blockchain Mastercard dapat dilihat dariapda usaha syarikat tersebut yang mencuba untuk dapatkan patent dalam teknologi blockchain.

Selepas mengeluarkan percubaan Application Programming Interfaces (APIs) blockchain, syarikat Mastercard telah mengumumkan bahawa syarikat mumpunyai misi untuk memberi peluang developer bekerja dalam teknologi baru ini.

Mastercard menyatakan pada September lepas, bawah sistem yang berasaskan blockchain ini dapat merekod invois, data transaksi dan sejarah pembelian. Kemudian, Mastercard juga mengumumkan sebuah aplikasi baru yang menggunakan blockchain bagi mempercepatkan masa transaksi.

Blockchain teknologi berjaya membuktikan bahawa teknologi tersebut memiliki keistimewaan dari sudut sekuriti dan aplikasi yang praktikal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat