Pakar Dedahkan Pasaran Kripto Nak Menjunam Lagi Dalam!

529

Pasaran kripto dilihat mula menunjukkan sedikit pemulihan dalam tempoh 24 jam lalu dengan harga Bitcoin (BTC) meningkat sebanyak 2.57% yang didagangkan pada paras harga $20,161 manakala Ethereum (ETH) melonjak 1.8% melepasi paras harga $1,352.

Sementara itu, Ripple (XRP) kini didagangkan sekitar $0.5000 iaitu meningkat lebih 5% dan Dogecoin (DOGE) melambung 8% dalam tempoh 1 hari.

Walaupun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Eight Global Michael van de Poppe dan penganalisis kripto yakin bahawa pasaran kripto akan berlaku lantunan kecil dari pergerakan bearish sebelum ini susulan US dolar dijangka untuk bergerak kukuh dalam pasaran.

Tambahnya lagi, bacaan data kadar pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada Jumaat ini dalam laporan NFP berkemungkinan negatif dan bakal memberi kesan buruk kepada pasaran.

Sementara itu, Federal Reserve (Fed) masih mengekalkan pendirian hawkish dalam penetapan dasar monetari mereka meskipun berlaku kemelesetan global.

Oleh demikian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada ekonomi global untuk beralih daripada pendirian agresifnya namun Fed dilihat belum lagi mahu berganjak.

Difahamkan pendirian Fed akan menjadi lebih jelas selepas presiden Fed Atlanta, Raphael Bostic menyampaikan ucapan pentingnya.

Secara rekod, pasaran kripto masih berkolerasi kuat dengan pergerakan pasaran dunia yang akan ditentukan melalui keadaan makroekonomi.

Alat CME Fed Watch pula masih memberi indikasi kenaikan 75 mata asas dalam mesyuarat FOMC seterusnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat