Pakar Ekonomi Menjangkakan Ekonomi Malaysia Akan Mencatat Pertumbuhan Yang Kukuh Pada Suku Tahun Keempat 2017

240

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh AmBank Group Research menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus berkembang dengan kukuh pada suku tahun keempat 2017. Penganalisis menjangkakan pertumbuhan sebanyak 6.0%.

Ketua ekonomi AmBank Group, Anthony Dass menjangkakan gross domestic product (GDP) / Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2017 adalah sebanyak 5.9%.

Eksport negara Malaysia menunjukkan pertumbuhan 2 angka iaitu dengan mencatat peningkatan sebanyak 18.9% kepada RM82.41 bilion, melebihi angka RM80 bilion buat kali ketiga pada tahun ini.

Pertumbuhan ini merupakan pertumbuhan memberangsangkan selepas dua bulan pertumbuhan tahunan yang perlahan berikutan didorong permintaan yang lebih tinggi bagi barangan pembuatan dan perlombongan.

Import pada Oktober meningkat 20.9% berbanding tahun sebelumnya, berbanding pertumbuhan 15.2% yang dicatatkan pada bulan September.

Pada suku tahun ketiga Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada kadar 6.2 peratus iaitu antara yang tertinggi di dunia.

Menurut Dass, pertumbuhan ekonomi pada suku tahun keempat akan didorong oleh peningkatan eksport dan permintaan luaran.

Pada hari ini, ringgit dibuka pada 4.0840/0870 berbanding dolar AS daripada 4.0730/0780.

Pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah Rabu depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat