Pakar Ekonomi – Tahun 2020 Akan Menjadi Tahun Yang Sukar Untuk Pasaran Saham!

1,565

Baru-baru ini ketua pakar ekonomi Moody’s Analytics, Mark Zandi telah mengeluarkan pandangan terhadap prospek pasaran saham pada tahun 2020. Menurut beliau prospek saham pada 2020 berkemungkinan akan sedikit suram berikutan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ke arah itu.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh CNBC, Zandi mengulas lanjut mengenai hasil ramalan beliau bahawa fondasi pasaran kelihatan agak goyah. Walaubagaimanapun, ekonomi diramalakan akan bertumbuh dengan baik pada tahun 2020.

Menurut beliau, perbelanjaan pengguna, imbangan pembayaran isi rumah, pertumbuhan pekerjaan dan pasaran hartanah menunjukkan potensi yang cerah. Walaubagaimanapun, dijangka pertumbuhan GDP benar akan bertumbuh perlahan dan defisit perbelanjaan kerajaan akan meningkat. Disisi lain, pendapatan sektor korporat berkemungkinan akan sedikit tertekan.

“Sektor perniagaan akan menghadapi cabaran dengan penurunan margin dan pertumbuhan pendapatan korporat akan mendatar”. – Mark Zandi.

Namun dalam kalangan pakar ekonomi ada yang berpendapat bahawa harga saham akan meningkat pada tahun 2020. Zandi memberi amaran bahawa pilihan raya presiden akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi.

“Isu bagi tahun 2020 adalah pilihan raya presiden dan ketidakpastian hasil daripada pilihan raya.” -Kata Zandi. Isu ini akan menjadi tumpuan utama pemain sektor perniagaan dan pelaburan dijangka akan menjadi lemah dan perlahan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat