Pakar – Ini 3 Sebab Utama Mengapa Bitcoin Boleh Melonjak Ke Paras $100,000!

4,584

Mike McGlone, ketua strategi komoditi di Bloomberg telah berkongsikan pandangan beliau mengenai mengapa Bitcoin akan melonjak ke paras harga sehingga $100,000.

Dalam perkongsian di Twitter, beliau menyenaraikan 3 sebab mengapal hal tersebut berkemungkinan akan dicapai. 3 faktor tersebut adalah pengawalseliaan untuk kripto, ETF dan persaingan dengan China. Ini merupakan 3 faktor utama selain untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi A.S dan dominasi A.S.

Pada awal hari, komuniti kripto dikejutkan dengan berita mengenai kebarangkalian yang tinggi untuk uruhanjaya Sekuriti dan Bursa untuk meluluskan ETF niaga hadapan Bitcoin pertama di AS. Dalam laporan oleh Bloomberg, dinyatakan bahawa perjanjian ini hampir selesai kerana tidak ada penentangan untuk meluluskan ETF.

Ketua penganalisis ETF Bloomberg, Eric Balchunas menyatakan bahawa kebarangkalian BTC ETF diberi lampu hijau adalah sebanyak 90%. Berita ini mendorong BTC untuk melonjak ke paras harga $ 60,000.

Percubaan untuk melancarkan Bitcoin ETF telah dilakukan selama lapan tahun terakhir, sejak tahun 2013. Sekiranya ini mendapat kelulusan maka ini akan menjadi tonggak bersejarah bagi industri kripto.

Pada bulan yang lalu McGlone turut menyatakan bahawa pasaran kripto semakin mendapat tempat dan bekalan bitcoin yang semakin berkurangan akan turut memainkan peranan penting.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat