Pakar Jangka Peluang Pekerjaan Masih Terbuka Walaupun Pasaran Merudum

150

‘Jangan risau, jangan khuatir, ini semua cobaan.’

Sungguhpun keadaan pasaran mengalami penurunan, diapit kos perbelanjaan yang ketat, pakar perekrut dan mereka yang terlibat dengan pengambilan pekerja masih optimis bahawa peluang pekerjaan masih terbuka.

Perkara ini telah digariskan oleh beberapa pakar berkenaan situasi pemberhentian, pembuangan dan penamatan perkhidmatan beberapa pekerja dalam sektor teknologi baru-baru ini.

Impak daripada inflasi yang tinggi sehingga menyebabkan kenaikan kadar faedah agresif, selain krisis perang Rusia-Ukraine yang menjejaskan pasaran dan kesan Covid-19 telah memaksa syarikat untuk mengira semula perbelanjaan.

Walaupun harga saham syarikat-syarikat teknologi merudum dan menjejaskan prestasi perniagaan, beberapa pakar percaya bahawa industri tersebut masih memerlukan bakat-bakat baru.

Sebagai rekod, gergasi industri teknologi seperti Microsoft, Meta Platform Facebook, Nvidia Corp, Snap Inc sehingga Netflix Inc telah bertindak untuk mengurangkan pengambilan pekerja atau membuang pekerja bagi mengurangkan kos.

Menurut ahli ekonomi kanan agensi perekrut pekerjaan Glassdoor, Daniel Zhao, pemberhentian merupakan tindakan biasa dalam perniagaan yang mengalami situasi kewangan rapuh.

Namun, pasaran pekerjaan masih kekal aktif dan banyak jawatan kosong dengan kebanyakan industri masih menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa.

Jelas Megan Slabinski, perunding sumber manusia dari Robert Half, pemberhentian di sektor teknologi masih kecil dan permintaan bagi jawatan berkaitan teknologi tidak akan terjejas sama sekali mahupun berkurangan.

Malah ulas Slabinski lagi, beliau menyatakan majikan masih mengharapkan untuk mendapat bakat baru bagi menggantikan mereka yang telah pergi.

Laporan Salbinski menyaksikan 52% pekerja teknologi masih mencari pekerjaan baharu dalam tempoh 6 bulan ini.

Tambah Zhao pula walaupun ada penarikan semula sederhana dalam permintaan pekerja teknologi namun tahap tersebut masih jauh sebelum masa pandemik.

Rata-rata pekerja dilihat mengambil kira faktor faedah pejabat serta fleksibiliti di samping pengaturan yang lebih baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat