Pakar Kongsi 3 Tips Optimumkan Pelaburan Ketika Lonjakan Inflasi!

343

Inflasi menjadi topik hangat yang sering diperkatakan dalam pasaran Wall Street setelah laporan harga pengguna pada bulan Mei  melonjak naik dan pertemuan the Fed bulan Jun yang akan diadakan pada hari Khamis awal pagi.

Walaubagaimanapun, dijangka tidak akan ada perubahan dalam kadar faedah dari FMOC walaupun para pelabur menantikan sebarang ulasan mengenai pelan mereka pada masa hadapan. Menjelang pertemuan FOMC, beberapa pelabur tekemuka telah tampil berkongsi mengenai cara terbaik menurut mereka dalam melindung nilai dari kenaikan inflasi.

Secara peribadi Boris Schlossberg, pengarah urusan strategi FX di BK Asset Management berpendapat bahawa emas adalah pilihan yang ketara ditambah pula ketika kadar faedah negatif, namun beliau lebih cenderung kepada perak dan menyifatkan ia sebagai pertaruhan yang jauh lebih baik. Hal ini kerana terdapat banyak permintaan industri, terutama dalam teknologi baru solar dan 5G.

Schlossberg berkata, kos perak yang rendah berbanding emas boleh menjadikannya pelaburan yang menarik di pasaran. Justeru ia memliki kebarangkalian lebih tinggi untuk melonjak naik berbanding emas.

Di sudut pandangan berbeza, Craig Johnson pengurus pasaran teknikal di Piper Sandler berpendapat bahawa kenaikan harga minyak dan kesan ketara terhadap industri tenaga boleh jadi salah satu pilihan yang baik.

Akhir sekali, cara lain yang boleh dipertimbangkan adalah melabur dalam tembaga kerana ia memiliki korelasi yang tinggi dengan kadar pulang modal 10 tahun.

Pasaram kini sedang memberi tumpuan menjelang ucapan FOMC pada jam 2 pagi Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat