Pakar Pelabur Ini Kongsikan Nasihat Berguna Jika Ingin Melabur Menjelang Pilihan Raya!

572

Pengasas Cribstone Strategic Macro Michael Harris berkongsikan pandangan beliau mengenai situasi sekarang dan nasihat pelaburan. Menurut beliau, daripada memberi tumpuan pada kemungkinan hasil pilihan raya, para pelabur seharusnya lebih memberi tumpuan tetang apakah tindakan akan dilakukan oleh Presiden Donald Trump bagi mengelak daripada berhadapan dengan kekalahan.

Pada awalnya populariti pesaing Trump iaitu Joe Biden melonjak naik namun ia mula tenggelam sejak sebulan lalu. Justeru para pelabur mula berhati-hati untuk membuat ramalan. Atas dasar itu Harris mencadangkan agar para pelabur sebelum melabur mempertimbangkan terhadap tindakan yang dilakukan oleh Trump untuk mengelak daripada kekalahan.

Bagi Harris, tumpuan yang lebih banyak harus diberikan pada tindakan Trump sebelum pilihan raya berbanding selepas pilihan raya.

Pilihan raya umum Amerika Syarikat tetap dijangka diadakan pada 3 November, kata Presiden Donald Trump pada satu taklimat sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat