Pakej Rangsangan Ekonomi Global Lebih $8 Trilion Dolar Masih Tidak Mencukupi?

277

Berikutan dengan wabak pandemik COVID-19 yang melanda, kebanyakan pemimpin negara telah memperuntukkan sebanyak lebih $8 trilion dolar bagi membendung penularan virus berjangkit tersebut. Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang yang jauh antara negara kaya dan negara miskin hingga menyebabkan krisis ekonomi global.

Menurut International Monetary Fund (IMF), majoriti negara maju telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani krisis tersebut. Sebagai contoh, Jerman dan Itali telah memperuntukkan lebih 30% daripada GDP bagi perbelanjaan langsung, jaminan bank, suntikan pinjaman dan ekuiti.

Manakala negara yang miskin seperti Afrika dan Amerika Latin tidak mampu lagi untuk menampung ekonomi negara mereka. Selain itu, mereka juga memiliki infrastruktur yang lemah bagi menangani penularan wabak itu.

Sebilangan besar pakej rangsangan global lebih dari $ 8 trilion dolar ini terdiri daripada jaminan bank di negara maju seperti Perancis dan Sepanyol masing-masing telah memperuntukkan lebih dari $ 300 bilion dan $ 100 bilion serta Amerika Syarikat sebanyak $2.3 trilion.

Walau bagaimanapun, Afrika Selatan merupakan satu-satunya anggota Kumpulan 20 (G-20) yang berjaya menampung ekonominya kepada kira-kira $ 26 bilion, akan tetapi beberapa buah negara jirannya masih ketinggalan.

Di seluruh Asia, para pemerintah mengambil inisiatif untuk mengutamakan rangsangan jangka masa pendek berbanding kebimbangan defisit jangka panjang yang biasa. Contohnya, pakej rangsangan Jepun mencapai lebih dari 20% daripada KDNK, sementara Singapura, Hong Kong dan Australia masing-masing mengeluarkan perbelanjaan berjumlah 10% atau lebih dari KDNK.

Berbanding di Asia, Amerika Syarikat telah menguatkuasakan 3 undang-undang yang berbeza dengan memperuntukkan lebih dari $2 trilion untuk menangani virus, manakala hampir setengah trilion dolar akan diperuntukkan bagi penyediaan lebih banyak bantuan. Pembayar cukai di Amerika memperoleh peruntukan yang dimasukkan ke dalam akaun bank mereka, sementara sektor perniagaan kecil telah meminta tambahan program sokongan gaji sebanyak $349 bilion yang didakwa telah kehabisan dana dalam masa kurang dari dua minggu.

Selain itu, Presiden Donald Trump telah mengumumkan pada minggu lalu bahawa pemerintah akan mengambil sebahagian dana yang dipersetujui untuk menawarkan pembayaran langsung sebanyak $ 16 juta kepada petani yang terjejas dan memperuntukkan $ 3 bilion untuk pembelian daging, produk tenusu dan makanan lain.

Tambahan daripada itu, negara-negara lain di Eropah dan Timur Tengah juga telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi mereka bagi menampung perbelanjaan negara serta menjamin kelangsungan hidup rakyat.

Persoalannya, bagaimanakah nasib yang bakal menimpa negara yang kurang membangun ini? Adakah mereka bakal berdepan dengan krisis ekonomi yang lebih parah? Adakah kita juga akan mengalami nasib yang sama jika virus pandemik ini masih belum menemui penamat?

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat