Pakistan Buat Persediaan Untuk Lancarkan CBDC Pada 2025!

94

Terma mata wang digital bank pusat (CBDC) kerap disebut oleh kebanyakan individu termasuk pengawal selia di seluruh dunia yang melihatnya sebagai salah satu keadah meningkatkan keupayaan fiat melalui kewangan digital setelah sistem perbankan tradisional dicabar oleh mata wang kripto.

Negara Pakistan tanpa berlengah terus memperkenalkan peraturan baharu untuk persediaan pelancaran CBDC menjelang tahun 2025.

Dilaporkan bahawa State Bank of Pakistan (SBP) bertindak meluluskan lesen dan menandatangani undang-undang baharu terhadap syarikat pembayaran digital, Electronic Money Institutions (EMIs) bagi memastikan mereka dapat laksanakan CBDC dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Penglibatan EMI dalam mengembangkan ekonomi digital dimaklumkan akan melindungi institusi kewangan daripada ancaman keselamatan siber, tegas Menteri Kewangan Asad Umar.

Manakala, Timbalan Gabenor SBP, Jameel Ahmad turut bersetuju dengan kenyataan Umar dengan mengatakan bahawa CBDC juga dapat membendung aktiviti rasuah yang semakin meningkat, di mana ia berpunca daripada wang fiat.

Selain daripada langkah berikut, Bank Dunia yang ingin membantu Pakistan wujudkan peraturan baharu tersebut turut menjadi penyebab penubuhan CBDC di negara tersebut akan tercapai.

Penggubalan peraturan baharu itu difahamkan akan mempunyai pelbagai impak positif seperti mengelak pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan berleluasa sementara melindungi pengguna daripada sebarang penipuan.

Keseluruhannya, Pakistan yang pantas mendalami CBDC telah menjadikannya antara 100 negara yang terlibat secara aktif dalam penyelidikan berkaitan CBDC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat