Pakistan Semakin Agresif – Laman Web Kripto Kini Disekat!

531

Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) Pakistan dilaporkan sedang berusaha untuk menyekat laman web yang terlibat dengan aset kripto. FIA merupakan badan berautoriti yang menjalankan siasatan jenayah, pengawalan sempadan, perisikan dan agenssi keselamatan yang beroperasi di bawah urus tadbir Setiausaha Dalam Negeri Pakistan.

Ketua Pengarah FIA Dr. Sanaullah Abbasi memberitahu akhbar pada hari Sabtu bahawa agensinya akan menghubungi Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA) untuk menyekat laman web kripto sebagai langkah untuk mencegah penipuan dan pengubahan wang haram.

Kenyataannya itu dikeluarkan susulan pertemuannya dengan pegawai kanan Bank Negara Pakistan (SBP), bank pusat negara itu. Ketua FIA berkata:

Pegawai SBP memberi pembentangan dalam mesyuarat mengenai mekanisme pengawalseliaan. Dalam mesyuarat itu, pegawai SBP menyatakan bahawa bank pusat baru-baru ini mengemukakan cadangan di bawah arahan Mahkamah Tinggi Sindh mengenai rangka kerja undang-undang untuk aset kripto di Pakistan. Bank Negara telah mengesyorkan mengenakan larangan sepenuhnya terhadap aset kripto.

Mereka menegaskan bahawa jabatanya mengambil berat dalam isu-isu yang melibatkan penipuan dan pengubahan wang haram. Atas dasar itu, Ketua FIA mencadangkan untuk menggubal undang-undang baharu kerana undang-undang-undang sedia ada tidak mengandungi peruntukan untuk menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan aset kripto.

Abbasi menambah bahawa FIA baru-baru ini memulakan siasatan terhadap kes penipuan kewangan besar-besaran selepas 11 aplikasi yang dikaitkan dengan pertukaran aset kripto Binance berhenti berfungsi. Skim itu didakwa menipu pelabur Pakistan lebih $100 juta.

 

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat