Palestin Dakwa Israel Sekat Bekalan Vaksin Covid-19 Ke Gaza

324

Tatkala masyarakat dunia yang sebahagiannya sudah menerima vaksin Covid-19, lain pula ceritanya di Palestin.

Israel didakwa menyekat penghantaran vaksin Covid-19 kepada Palestin.

Perkara itu disampaikan sendiri oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang memaklumkan mereka masih belum menerima sebarang dos vaksin sehingga kini.

Menurut pegawai PA, Palestin cuba menghantar 2,000 dos vaksin Sputnik V milik Rusia daripada wilayah Tebing Barat ke Gaza semalam tetapi rejim Zionis bertindak menghentikan penghantaran itu di pos pemeriksaan Tebing Barat serta mendakwa Palestin tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Gaza.

Pihak berkuasa Israel mendakwa permohonan PA untuk menghantar vaksin berkenaan sedang diteliti dan masih belum diberikan sebarang kelulusan.

Bagaimanapun, ujar para pegawai PA, mereka telah menyerahkan permohonan penghantaran kepada pihak berkuasa pertahanan Israel pada 4 Februari lalu.

“Hari ini, sebanyak 2,000 dos vaksin Sputnik V Rusia dihantar untuk memasuki Semenanjung Gaza tetapi Israel menghalang perjalanan mereka.

“Dos-dos vaksin berkenaan dikhaskan untuk kakitangan perubatan yang bekerja di unit penjagaan pesakit Covid-19 dan juga untuk kakitangan yang bertugas di jabatan kecemasan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan PA, Mai Alkaila.

Tambah kenyataan itu, kesemua vaksin itu terpaksa dibawa pulang semula ke Ramallah kerana perlu disimpan di bawah suhu sejuk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat