Pamer Aksi Pelik, Adakah Donald Trump Kini Sedang Sakit?

975

Sehari sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS) , Donald Trump menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-74, tular satu video beliau berjalan dalam keadaan tidak stabil dan kesukaran beliau mengangkat gelas ketika ucapannya, menimbulkan spekulasi status kesihatan beliau tidak begitu baik.

Kejadian yang berlaku di United States Military Academy di West Point, New York turut menyaksikan kesukaran beliau untuk menyebut beberapa perkataan seperti nama MacArthur, beliau menyebut ‘MacGarther’ dan Ulysses sebagai ‘Ulyssius’.

Kesihatan Donald Trump sering menjadi perhatian umum. Berdasarkan laporan kesihatan beliau pada awal bulan Jun, beliau sekadar obes dengan berat 110kg. Namun, video tular itu seakan memberikan petunjukan masalah kesihatan yang lebih teruk.

Gejala umum yang sering dikatakan oleh beberapa doktor mengaitkan simptom tersebut dengan penyakit saraf seperti ketika yang dapat dilihat di West Point, di mana beliau terpaksa menggunakan tangan kirinya untuk menyokong tangan kanan yang hanya mampu mengangkat gelas di paras dagu sahaja untuk meneguk air.

Pada 25 Mei yang lalu juga Trump menunjukkan simptom yang sama di sebuah majlis rasmi Memorial Day di Arlington National Cemetery. Beliau jelas sukar mengangkat karangan bunga menggunakan tangan kanannya.

Begitu juga ketika beliau tamat berucap dan perlu menuruni pentas melalui laluan sedikit condong ke bawah. Trump dilihat membuka langkah kecil dan berjaga-jaga, tidak seperti kebiasaan orang lain yang akan berjalan seperti biasa.

Perkara itu mengingatkan kepada kejadian yang berlaku pada 2017 ketika Trump secara tiba-tiba memautkan tangan bekas perdana menteri Britain, Theresa May ketika mereka berjalan beriringan di White House.

Menerusi gejala yang ditunjukkan oleh Presiden tersebut, pakar kesihatan menyimpulkan masalah yang dihadapi Trump berkait rapat dengan ‘motor tic’, salah satu tanda kepada penyakit yang serius. Manakala, beliau mungkin memiliki ‘bathmophobia’ iaitu takut kepada tangga atau ‘ramp’, sering dikaitkan dengan tempat yang tinggi.

Walau bagaimanapun, Trump menepis dakwaan tersebut menerusi ciapan di Twitter, ‘ramp’ yang beliau gunakan agak panjang dan curam, tiada pemegang dan paling penting sangat licin.

Jadi, adakah kesihatan Presiden Amerika Syarikat ini benar-benar terjejas atau sekadar spekulasi?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat