Pamer Penurunan Pada Sesi Asia, Adakah EUR/USD Bakal Turun Lebih Rendah?

337

Matawang dolar Euro kekal berada dalam kelompok dagangan berisiko ekoran data PMI zon Eropah yang diterbitkan awal minggu memberi isyarat ekonomi yang membimbangkan.

Dagangan Euro pada hari ini akan digerakkan oleh sentimen ucapan Presiden European Central Bank (ECB), Christine Lagarde untuk petunjuk dasar monetari bank pusat yang selanjutnya.

Kemudian, menjadi tumpuan pasaran seterusnya pada sesi Eropah adalah sentimen perniagaan di Jerman tinjauan Ifo. Penganalisis menjangkakan hasil tinjauan memberikan bacaan yang lemah selepas data PMI pembuatan yang mengecewakan sebelum ini.

Namun jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga menunjukkan kenaikan semalam menguji zon resistance di bawah paras 1.11800. Harga kemudian kembali turun semula pada awal sesi New York semalam sebelum bergerak mendatar sehingga sesi dagangan berakhir.

Memulakan dagangan pada sesi Asia hari ini, harga telah membuat penurunan dan telah melepasi garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga pada carta EUR/USD.

Harga turun sehingga menguji paras terendah harian semalam sekitar 1.11300 namun gagal membuat penurunan lebih rendah pada sesi Asia hari ini.

Jika faktor-faktor yang menjadi tumpuan pasaran tidak memihak kepada dagangan Euro, harga bakal turun lebih rendah dijangka menuju sekitar paras 1.11000 yang merupakan zon RBS (resistance become support) harga yang terdekat.

Penurunan lebih rendah melepasi garisan trendline harga turut akan menguatkan lagi jangkaan kecederungan untuk trend bearish pada carta EUR/USD.

Sebaliknya jika harga kembali menunjukkan kenaikan semula, pelabur akan memberi perhatian pada paras resistance 1.11800 dan kemudiannya pada 1.12000 yang merupakan paras ketinggian yang dicapai sejak Ogos.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat