Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 22 – 26 Feb 2016

48

Suasana pasaran pada umumnya positif, dengan matawang ‘safe-haven’ kehilangan sinaran mereka.  Data Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di UK dan Amerika Syarikat, Pesanan Barangan Tahan Lama dan Keyakinan Pengguna AS adalah tonggak berita ekonomi yang dilihat bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Percubaan untuk mengangkat harga minyak dari bawah telah dipenuhi dengan keraguan, tetapi penstabilan daripada emas hitam dan dari China pasti membantu pasaran bertenang. Data AS jelas bertambah baik, Euro berlegar-legar lebih rendah dan Pound terikat dalam perkembangan politik mengenai keahlian dalam EU. Spekulasi untuk lebih banyak pelonggaran kewangan daripada BoJ masih berleluasa, dan matawang komoditi dalam pergerakan ‘sideway’.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 5:00 Petang

Ifo Iklim Perniagaan Jerman:  Indeks Iklim Perniagaan Ifo Jerman jatuh pada bulan Januari kepada 107.3 mata, daripada 108.6 mata pada bulan Disember. Keadaan perniagaan semasa sedikit susut, tetapi masih tinggi. Walau bagaimanapun, jangkaan perniagaan merosot dengan ketara. Sentimen di kalangan perniagaan Jerman lemah sejak awal 2016 , dan melahirkan kebimbangan terhadap unjuran pertumbuhan ekonomi. Sentimen perniagaan Jerman dijangka menurun kepada 107 mata pada kali ini.

Selasa, 11:00 Malam

Keyakinan Pengguna AS:  Keyakinan pengguna bertambah baik pada bulan Januari kepada paras tertinggi dalam masa tiga bulan di tengah-tengah prospek yang optimistik terhadap pertumbuhan pasaran buruh dan pendapatan peribadi. Sentimen meningkat kepada 98.1 mata, daripada 96.3 mata setelah disemak pada bulan sebelumnya. Ahli ekonomi meramalkan bacaan yang lebih rendah sebanyak 96.6 mata. Indeks keadaan semasa kekal tidak berubah pada 116.4 mata, keadaan pasaran buruh menurun sedikit dan prospek enam bulan meningkat kepada 85.9 mata daripada 83 mata. Majoriti responden menolak pergolakan dalam pasaran kewangan baru-baru ini, tetapi individu berpendapatan tinggi lebih prihatin terhadap ekonomi global. Keyakinan pengguna AS dijangka mencecah 97.6 mata pada bulan Februari.

Rabu, 11:30 Malam

Inventori Minyak AS:  Inventori minyak mentah meningkat sebanyak 2.1 juta tong pada minggu sebelumnya. Harga minyak mentah meningkat 4 sen menjadi $30.70 setong, selepas Russia dan Arab Saudi bersetuju untuk membekukan output. Walau bagaimanapun, ketidaktentuan masih kukuh dan harga masih boleh jatuh setelah Menteri Minyak Iran tidak menyatakan sama ada Iran akan mengehadkan output.

Khamis, 5:30 Petang

Data KDNK UK:  Menurut anggaran pertama bagi suku keempat 2015, ekonomi British meningkat pada kadar suku tahunan yang bagus sebanyak 0.5%, lebih baik daripada suku ketiga. Angka ini mungkin akan disahkan dalam semakan pertama. Walaupun perubahan biasanya tidak dilihat, sebarang kenaikan dalam KDNK akan menggerakkan pound.

Khamis, 9:30 Malam

Tempahan Barang Tahan Lama AS:  Permintaan untuk barangan tahan lama menjunam 5.1% pada bulan Disember selepas merosot 3.1% pada bulan November. Penurunan tahunan tersebut adalah yang terbesar sejak tahun 1992. Tempahan pesawat awam adalah sebab utama di sebalik penurunan mendadak, berkurang sebanyak 29.4%. Tambahan pula, tempahan teras, tidak termasuk pengangkutan susut 1.2%, jatuh 2.6% pada asas tahunan. Pekilang menghadapi saingan sengit daripada syarikat asing. Federal Reserve AS menyatakan bahawa pengeluaran perindustrian telah menurun dalam 10 daripada 12 bulan yang lalu, meletakkan ia sekitar 2% dari kemuncaknya pada Disember 2014. Tempahan Barangan Tahan Lama dianggarkan meningkat 2.6% pada bulan Januari, manakala tempahan teras mungkin naik sehingga 0.1%.

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan awal untuk bantuan pengangguran jatuh tidak disangka-sangka minggu lepas, sekaligus menunjukkan pasaran buruh yang kekal berdaya tahan terhadap langkah kenaikan kadar baru-baru ini. Memandangkan laporan positif ini, ahli ekonomi tidak menolak kemungkinan kenaikan kadar kedua pada bulan Mac. Tuntutan awal untuk bantuan pengangguran susut 7,000 kepada pelarasan bermusim sebanyak 262 ribu pada minggu lalu, yang merupakan bacaan terendah sejak November 2015. Ahli ekonomi menjangkakan pertambahan kepada 275 ribu. Purata bergerak empat minggu jatuh 8,000 kepada 273,250. Tuntutan pengangguran dianggarkan mencecah 271 ribu pada minggu ini.

Jumaat, 9:30 Malam

Data KDNK AS:  Suku keempat 2015 menyaksikan pertumbuhan yang sangat lemah di Amerika Syarikat: 0.7% pada asas tahunan. Semakan pertama KDNK dijangka menunjukkan kadar pertumbuhan yang lebih perlahan sebanyak 0.5%. Semakan adalah perkara biasa dalam laporan KDNK AS.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat