Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 23 – 27 Nov 2015

25

kalendar-ekonomi-moshedfx

Dollar AS bergelut selepas siaran minit mesyuarat FOMC tetapi pulih semula. Laporan GDP dari Amerika Syarikat dan United Kingdom, Keyakinan Pengguna AS, Pesanan Barangan Tahan Lama AS merupakan tonggak berita ekonomi yang bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Federal Reserve AS mengeluarkan minit mesyuarat FOMC yang diadakan pada bulan Oktober lalu, meninggalkan pintu terbuka untuk pengumuman kenaikan kadar pada bulan Disember. Pelabur memberi reaksi dengan meningkatkan kemungkinan untuk peningkatan kadar pada bulan depan kepada 72%. Pembuat dasar yakin bahawa ekonomi Amerika Syarikat telah cukup kuat untuk menahan kenaikan kadar yang sederhana dan menjangkakan Feds AS akan berjaya untuk mengimbangi antara guna tenaga penuh dan inflasi yang stabil pada 2%.

[adrotate banner=”3″]

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 5:00 Petang

Ifo Iklim Perniagaan Jerman:  Skandal Volkswagen tidak menjejaskan keyakinan perniagaan Jerman pada bulan Oktober. Indeks bagi industri dan perdagangan Jerman susut kepada 108.2 mata daripada 108.5 mata pada September, sekaligus mencatatkan penurunan pertama sejak Jun tahun ini. Walau bagaimanapun, prospek perniagaan terus meningkat daripada 103.3 pada bulan September kepada 103.8 pada bulan Oktober – paras tertinggi sejak Jun tahun lepas. Walau bagaimanapun, keadaan semasa jatuh daripada 114.0 mata kepada 112.6. Sentimen perniagaan dijangka mencecah 108.3 masa ini.

Selasa, 9:30 Malam

Data GDP AS:  Menurut kenyataan awal, ekonomi AS mula perlahan kepada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 1.5% pada suku ketiga 2015, selepas mencapai 3.9% pada suku kedua. Dalam laporan kali ini, yang merupakan anggaran kedua, angka itu dijangka dinaik taraf kepada 2%, masih rendah, tetapi lebih baik daripada sebelumnya.

Selasa, 11:00 Malam

CB Keyakinan Pengguna AS:  Keyakinan pengguna AS semakin teruk pada bulan Oktober, merosot kepada paras tiga bulan terendah sebanyak 97.6 mata. Bacaan tersebut memalapkan prospek kenaikan kadar AS tahun ini. Penganalisis menjangka Indeks meningkat kepada 103.0 mata pada bulan Oktober. Indeks Keadaan Semasa pula jatuh dari 120.3 mata pada September kepada 112.1 mata pada bulan Oktober, manakala Indeks prospek jatuh kepada 88.0 mata daripada 90.8 mata pada bulan September. Keyakinan pengguna AS kali ini dijangka meningkat kepada 99.3 mata untuk bulan November.

Rabu, 9:30 Malam

Pesanan Barangan Tahan Lama AS:  Pesanan untuk produk tahan lama terus lemah pada bulan September untuk kali keempat dalam tempoh lima bulan, dengan pesanan menurun lebih daripada yang dijangkakan, turun 1.2% daripada -2.0% pada bulan Ogos. Sementara itu pesanan teras yang tidak termasuk pengangkutan menurun 0.4% selepas disemak menurun kepada 0.9% pada bulan Ogos. Pesanan otomobil menokok 1.8% membalikkan penurunan dengan saiz yang sama pada bulan Ogos. Penganalisis menjangkakan pesanan barangan tahan lama meningkat kepada 1.6% pada bulan Oktober, dengan pesanan teras dijangka meningkat sebanyak 0.5%.

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan awal untuk bantuan pengangguran, menurun minggu lepas sebanyak 5 ribu kepada 271 ribu pemohon; sekaligus menunjukkan pasaran buruh yang kuat. Tuntutan kekal di bawah tahap 300 ribu selama 37 minggu berturut-turut. Purata tuntutan selama empat minggu meningkat sebanyak 3 ribu kepada 270,750. Ahli ekonomi menjangkakan pekerjaan akan meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 200 ribu jawatan pada bulan November, yang akan memberi keyakinan kepada Federal Reserve AS untuk menaikkan kadar jangka pendek pada mesyuarat FOMC 15-16 Disember ini. Jumlah tuntutan pengangguran dijangka mencecah 273 ribu pada minggu ini.

Jumaat, 5:30 Petang

Data GDP UK:   Anggaran pertama pertumbuhan UK pada suku kedua dilaporkan pada paras 0.5%. Walaupun agak lebih rendah daripada suku sebelum ini, kadar pertumbuhan ini masih mengujakan pembuat dasar Bank of England. Pengesahan angka ini dijangka dalam anggaran kedua.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

[adrotate banner=”3″]

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat