Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 8 – 12 Feb 2016

61

Dollar dipukul teruk pada minggu pertama bulan Januari dan hanya berjaya melakukan pemulihan kecil. Kenyataan Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen kepada kongres Amerika Syarikat, jualan runcit dan sentimen pengguna AS adalah tonggak berita ekonomi yang dilihat bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Angka ISM PMI Bukan Pembuatan AS menunjukkan kelembapan ketara dalam sektor terbesar di Amerika, sekaligus menghentak Dollar ke dasar. Komen negatif dari Presiden ECB Draghi dan Gabenor BoE Mark Carney tidak dapat menghentikan kejatuhan Dollar pada mulanya. Laporan data pekerjaan AS yang bercampur-campur akhirnya memberikan sedikit kelegaan: walaupun angka utama menunjukkan pertambahan pekerjaan sebanyak 151 ribu yang lebih rendah daripada jangkaan, kadar pengangguran menurun kepada 4.9% daripada 5% dan upah meningkat dengan ketara pada bulan Januari, sebanyak 2.5%.

Walaupun angka utama menunjukkan pertambahan pekerjaan yang lemah, penganalisis menekankan sisi positif kepada laporan ini, dengan mengatakan angka NFP itu tidak mengubah hakikat bahawa mereka telah berkembang pada kadar yang kukuh baru-baru ini. Adakah ekonomi Amerika Syarikat akan keluar dari kelemahan pada minggu-minggu akan datang?

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 11:00 Malam

JOLTS AS:  Walaupun laporan pekerjaan ini agak lewat (ia adalah untuk bulan Disember), Feds memantaunya dengan teliti untuk pembangunan jangka panjang. Bilangan peluang pekerjaan dijangka meningkat dari 5.43 juta kepada 5.54 juta. Juga ambil perhatian terhadap bilangan pemberhentian pekerja.

Rabu dan Khamis, 11:00 Malam

Kenyataan Pengerusi Feds:  Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen akan memberi keterangan mengenai Laporan Dasar Monetari setengah tahun, kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan, di Washington DC. Yellen boleh menjelaskan keputusan Feds untuk mengekalkan kadar tidak berubah pada mesyuarat Januari lalu, dan boleh menawarkan petunjuk tentang masa untuk kenaikan seterusnya. Kelemahan luar negara di China, Jepun dan Eropah menimbulkan kebimbangan tentang kesannya terhadap tinjauan ekonomi AS. Oleh itu, pembuat dasar membuat keputusan untuk menunggu dan membiarkan keadaan tenang sebelum menaikkan kadar lagi.

Rabu, 11:30 Malam

Inventori Minyak AS:  Inventori minyak mentah AS meningkat lebih daripada yang dijangkakan pada minggu lalu. Inventori menokok sebanyak 7.8 juta tong menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 502,700,000 tong; menewaskan jangkaan penganalisis untuk peningkatan sebanyak 4.8 juta tong. Ahli ekonomi menjangkakan trend pertumbuhan ini akan berterusan.

Khamis, 9:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Jumlah tuntutan pengangguran meningkat tidak disangka-sangka minggu lepas sebanyak 8 ribu menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 285 ribu kerana lebih ramai rakyat Amerika memfailkan bantuan pengangguran. Walau bagaimanapun, bacaan masih mencadangkan bahawa majikan masih teruja untuk mengambil pekerja kerana bilangan tuntutan masih di bawah 300 ribu. Purata bergerak empat minggu tuntutan meningkat sebanyak 2 ribu kepada 284,750 pada minggu lepas. Ahli ekonomi telah mengunjurkan untuk tuntutan meningkat kepada 280 ribu. Tuntutan pengangguran dijangka mencecah 287 ribu pada minggu ini.

Jumaat, 6:30 Pagi

Ucapan Gabenor RBA:  Gabenor RBA Glenn Stevens bakal memberikan kenyataan di hadapan Dewan Rakyat di Sydney. RBA memutuskan untuk mengekalkan kadar pada mesyuarat minggu lepas. Kebimbangan terhadap ekonomi global terutamanya di China, salah satu rakan dagangan utamanya, menyebabkan penurunan dalam perdagangan Australia. Walau bagaimanapun, ekonomi domestik Australia telah meningkat pada tahun 2015, keadaan perniagaan maju di atas paras purata, pertumbuhan guna tenaga meningkat dan kadar pengangguran merosot.

Jumaat, 9:30 Malam

Jualan Runcit AS:  Jualan runcit AS menurun pada bulan Disember sebanyak 0.1%, bacaan yang paling lemah sejak 2009, sekaligus meningkatkan kebimbangan mengenai kadar perbelanjaan pengguna pada 2016. Angka itu adalah selaras dengan jangkaan pasaran. Pada tahun 2015, jualan meningkat 2.1%, kenaikan yang paling kecil dalam perkembangan ekonomi semasa. Jualan lemah di kedai-kedai elektronik, peniaga pakaian dan kedai runcit, menunjukkan rakyat Amerika lebih suka untuk meningkatkan simpanan mereka, walaupun terdapat peningkatan yang berterusan dalam pasaran buruh. Jualan teras, yang tidak termasuk kereta, juga menguncup sebanyak 0.1% walaupun dijangka meningkat 0.2%. Ekonomi menjangkakan jualan runcit akan meningkat 0.1%, manakala jualan teras akan kekal mendatar.

Jumaat, 11:00 Malam

Sentimen Pengguna AS:  Keyakinan pengguna meningkat pada bulan Januari kepada paras tertinggi dalam tujuh bulan, mencapai 93.3 mata, selepas 92.6 mata pada bulan Disember. Bacaan mencadangkan kadar inflasi yang rendah, telah memberi kesan yang baik ke atas isi rumah, dimana prospek kenaikan gaji kekal rendah. Pakar ekonomi menjangkakan bacaan sebanyak 92.7 mata. Indeks keadaan semasa, menurun kepada 105.1 mata daripada 108.1 mata pada bulan sebelumnya, manakala prospek enam bulan meningkat kepada 85.7 mata, yang tertinggi sejak Jun 2015, dari 82.7 mata. Keyakinan pengguna dijangka meningkat kepada 92.6 mata pada kali ini.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat