Pandangan Kumpulan Industri Jerman Terhadap Perkembangan Brexit

395

Kumpulan Industri Jerman BDI memberi amaran bahawa UK yang kini dalam proses keluar daripada pembatasan Kesatuan Eropah boleh mendatangkan kesan buruk terhadap ekonomi UK dan negara-negara blok EU.

Bagi mengelakkan hasil sedemikian, kerajaan British mesti bersetuju untuk tetap berada dalam pasaran tunggal dan kerjasama perdagangan regional iaitu Custom Union (CU). Selain itu, UK juga harus menerima bidang kuasa EU sebagai rujukan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian di masa depan, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat.

Hal itu juga merupakan satu-satunya cara untuk mengelakkan pengawalan semula kawalan di antara sempadan antara Ireland Utara selepas Berxit. Tumpuan kini pada perjumpaan sidang kemuncak para pemimpin EU pada 28-29 Jun.

Lanjut mereka, 2 tahun sudah selepas referendum namun tidak dapat melihat arah yang jelas bagi Brexit. Kerajaan British masih lagi terperangkap dengan masa.

Pemimpin 27 negara menzahirkan kebimbangan dengan perjanjian operasi bagi sempadan Ireland dan UK yang masih kurang kukuh selepas UK meninggalkan EU pada Mac 2019.

BDI berkata satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu sempadan Ireland adalah untuk Britain kekal dalam pasaran tunggal. Kegagalan untuk mencari penyelesaian untuk sempadan bukan sahaja akan menjejaskan perjanjian pengeluaran akhir tetapi juga perjanjian pada tempoh peralihan hingga akhir tahun 2020, tambah BDI.

“Jika perunding tidak membuat kemajuan (mengenai isu ini), tempoh peralihan sebelum akhir tahun 2020 akan berada dalam keadaan berisiko,” kata Lang.

Hal ini akan membawa kesan negatif terhadap syarikat di kedua-dua belah pihak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat