Pandangan Pakar Ini Beri Indikasi Lebih Jelas Kepada Pasaran Mengenai ‘Tapering’ BoC!

452

Dapatan soal selidik terkini dalam kalangan para pakar ekonomi Reuters menunjukkan Bank of Canada dijangka akan menaikkan kadar faedah pada suku ketiga tahun hadapan, iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal dari yang dijangkakan sebelumnya.

Perubahan pandangan itu, berdasarkan tekanan inflasi yang semakin meningkat disebabkan oleh hambatan rantaian bekalan global, kekurangan tenaga kerja dan kenaikan kos tenaga.

Menurut James Knightley , ketua ekonomi antarabangsa di ING. tekanan inflasi yang terus meningkat di peringkat global, aktiviti ekonomi yang semakin pulih, pasaran pekerjaan yang semakin meningkat dapat membawa kepada pengetatan dasar yang lebih awal pada tahun hadapan.

Pandangan itu sejajar dengan Tinjauan Perniagaan terbaru bank pusat, yang melaporkan syarikat mengantisipasi permintaan yang lebih tinggi ketika pandemik Covid-19 yang semakin berkurangan. Namun kekangan penawaran terus membatasi penjualan dan mendorong kenaikan kos.

Kadar inflasi Kanada melonjak ke paras tertinggi 18 tahun pada paras 4.4% pada bulan lalu, didorong oleh harga gas yang tinggi, kenaikan harga perumahan dan kenaikan harga makanan, memberi tekanan kepada BoC untuk mempertimbangkan kadar kenaikan faedah.

Rata-rata ahli ekonomi dalam tinjauan 18-22 Oktober menunjukkan bahawa BoC akan mengekalkan kadar tidak berubah pada 0,25% hingga separuh tahun pertama tahun hadapan, kadar faedah dijangka meningkat 25 mata asas menjadi 0.50% pada suku ketiga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat