Pandemik Covid-19 Tamat Awal 2022 – WHO

619

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) percaya pandemik Covid-19 akan tamat pada awal tahun hadapan.

Menurut Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge, Covid-19 masih merebak pada tahun ini, namun akan lebih terkawal berbanding tahun lalu.

Menyifatkan situasi terburuk kini berakhir, ujar Kluge, terdapat lebih banyak maklumat mengenai virus berkenaan berbanding ketika peringkat awal penularannya pada tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa tiada sesiapa yang mengetahui keadaan pandemik Covid-19 pada masa hadapan.

“Virus ini akan terus wujud tetapi saya berpendapat sekatan tidak lagi diperlukan. Ini adalah mesej yang optimis,” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Tambah Kluge, mutasi adalah perkara biasa dan virus tersebut sedang menyesuaikan diri dengan individu yang dijangkiti tetapi penularan mutasi yang pantas menjadi kebimbangan beliau.

Jelasnya, WHO memantau rapat keberkesanan vaksin Covid-19 yang dibangunkan untuk melawan jenis virus yang pantas merebak itu dan jika perlu, vaksin boleh diubah berdasarkan mutasi baharu serta tidak perlu membangunkannya dari mula.

Beliau berkata, mutasi tidak akan menjadikan virus berkenaan sukar dikawal namun pandemik itu akan memberi lebih tekanan kepada negara-negara yang sistem penjagaan kesihatan berada pada tahap sukar.

Selain itu, menurut Kluge, masalah terbesar akan timbul apabila mereka yang telah divaksin berada dalam kelompok sama dengan golongan tidak divaksin dan oleh itu, faktor penjadualan memainkan peranan sangat penting.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat