Panik! Angkara Omicron, 7 Buah Kedai Apple Terpaksa Ditutup!

436

Alamak, tak boleh beli iPhone untuk tahun baru ni ke?

7 buah kedai Apple di New York City telah ditutup ekoran kenaikan kes varian Omicron Covid-19 yang mencanak di Amerika Syarikat (AS).

Menurut wakil Apple Inc, kedai-kedai yang diarahkan tutup berada di Fifth Avenue, Grand Central dan SoHo dan pelanggan hanya boleh membeli produk Apple secara atas talian sahaja buat masa ini.

Pada awal bulan ini pihak Apple terpaksa menutup sementara 3 buah kedainya di AS dan Kanada berikutan kenaikan kes Covid-19 dan para pekerjanya yang terdedah kepada penyebaran.

Atas sebab yang sama, Apple telah mengeluarkan mandat bahawa para pekerja dan pelanggan perlu memakai pelindung muka ketika memasuki premis.

Dalam pada itu, saham Apple naik 2.30% dengan nilai pasaran sebanyak US$2.96 trilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat