Panik Lagi! Deltacron Bergabung Kerana Pencemaran Makmal

551

Dah macam Boboiboy punya elemental fusion lah gabungan dia.

Pakar kesihatan seluruh dunia meragui laporan kemungkinan mutasi Covid-19 baharu Deltacron, kombinasi Delta dan Omicron, dan menyatakan ia mungkin adalah hasil keralatan pemprosesan makmal.

Pakar Covid Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Dr Krutika Kuppalli menerusi Twitternya menyatakan bahawa mungkin terdapat pencemaran makmal daripada serpihan Omicron dalam spesimen Delta.

Ahli virologi dari Imperial College London, Dr Tom Peacock dan ahli genetik dari Institut Penyelidikan Pusat Kesihatan Universiti McGill Montreal, Fatima Tokhmafshan turut menyatakan Deltacron dari Cyprus tersebut jelas sekali akibat pencemaran di makmal.

Dalam satu berita berasingan, ketua pegawai eksekutif Pfizer, Albert Bourla menyatakan vaksin bagi varian Omicron bakal dikeluarkan pada Mac tahun ini.

Tambahnya lagi, vaksin tersebut turut menyasarkan kepada varian Covid-19 lain dan walaupun masih belum jelas sama ada vaksin Omicron tersebut diperlukan atau tidak atau bagaimana ia akan digunakan, pihak Pfizer akan terus menyediakan beberapa dos kerana sesetengah negara mahu ia disediakan secepat mungkin.

Selain itu, Bourla turut menyatakan yang Pfizer akan terus menjalankan kajian bagi mementukan sama ada perlu suntikan ke-4 atau tidak.

Setakat ini di Malaysia, kerajaan sedang menggalakkan suntikan ke-3 (booster shot) bagi membendung penyebaran Covid-19 yang kembali memuncak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat