Para Menteri EU Bakal Bersetuju Terhadap Pakej Rangsangan Bernilai 1/2 Triliun Euro?

684

Dilaporkan pada hari ini bahawa para menteri kewangan Zon Eropah dijangka akan bersetuju terhadap pakej rangsangan ekonomi yang bernilai setengah triliun euro bagi membiayai pemulihan akibat pandemik Covid-19.

Walaubagaimanapun setakat ini belum ada perjanjian yang dimenterai. Disisi lain masih terdapat beberapa negara seperti Jerman dan Belanda yang menolak usulan pengabungan hutang bersama. Beberapa negara seperti Sepanyol dan Itali telah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Negara-negara seperti Itali dan Sepanyol telah menzahirkan kekecewaan bahawa negara EU tidak menunjukkan solidariti seperti yang diharapkan dan tidak mencuba sedaya upaya untuk mengatasi penularan wabak tersebut. Menurut Josep Borrell, diplomat tertinggi EU di Brussels, berpendapat situasi ini adalah seperti semasa krisis besar di Euro justeru negara-negara Eropah mesti terus berusaha untuk mencapai solidariti yang lebih tinggi.

Negara seperti Belanda, Jerman dan beberapa negara lain tidak bersetuju dengan langkah hutang bersama. Menurut mereka, negara-negara Eropah masih boleh meminjam di pasaran dan buat masa ini tidak perlu untuk mencipta bon-bon baru.

Pada hari ini para menteri telah melakukan perbincangan atas talian bagi menyenaraikan langkah-langkah terbaik untuk bantuan ekonomi selanjutnya.Tanpa persetujuan mengenai penggabungan hutang, mereka akan memberi tumpuan kepada tiga atau empat langkah yang boleh diambil dengan segera.

Para menteri juga akan mempertimbangkan cadangan Perancis iaitu mewujudkan dana perpaduan EU bersama bagi membiayai pemulihan jangka panjang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat