Para Menteri EU Bakal Mensahkan Mandat Rundingan Perdagangan? Ini Perkara Yang Perlu Diketahui!

251

Kerajaan Kesatuan Eropah dijangka akan mengimplimentasikan mandat perundingan pada hari ini dengan harapan ia dapat mencapai perjanjian dengan UK bagi jalinan kerjasama untuk masa hadapan selepas UK meninggalkan blok Eropah pada bulan lepas.

Mandat EU tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kepada UK beberapa tawaran seperti penjualan 45% daripada eksport dan pembelian 53% daripada import dari blok Eropah yang merangkumi 27 negara, termasuk tidak ada tarif dan kouta di masa hadapan.

Sebagai pertukaran EU menuntut agar UK tidak mengurangkan dan membebankan syarikat-syarikat Eropah yang beroperasi di UK. Walaubagaimanapun UK tidak mahu menyatakan komitmennya dan menekankan objektif utamanya dalam rundingan adalah kemerdekaan ekonomi dan politik. Namun UK bersedia untuk menerima tarif dan kouta yang serupa seperti perjanjian EU dengan Kanada.

Menurut Menteri Perancis, Amelie de Montchalin, “Kita boleh menerima perjanjian dengan sifar tarif dan sifar kouta namun harus dipastikan bahawa kedua-dua belah mempunyai norma yang sama dan peraturan yang bersandarkan kepada peraturan-peraturan EU.

Pada hari Khamis ini, UK akan menerbitkan sebuah kenyataan mengenai pendirian mereka dalam rundingan dan perbincangan akan bermula pada minggu hadapan. Kedua-dua pihak mahukan kesepakatan menjelang akhir tahun, berikutan penamatan tempoh peralihan Britain.

Tanpa pejanjian perdagangan, hubungan perdagangan pada masa hadapan akan semakin rumit kerana akan berdasarkan peraturan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).

Teks mandat perundingan EU yang dipersetujui akan disahkan oleh para menteri pada hari Selasa ini dan dalam masa yang sama menekankan bahawa pernjanjian perdagangan antara EU dan UK harus mencegah sebarang ketidakadilan agar hubungan perdagangan dapat kekal lama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat