Para Menteri UK Degil, Rakyat Merana!

390

Kerajaan Britain kini berhadpan dengan tekanan apabila mereka didakwa mengabaikan nasihat 3 minggu lalu untuk melaksanakan sekatan yang lebih ketat untuk mengurangkan peningkatan kes jangkitan coronavirus.

Parti Buruh yang merupakan pembangkang utama telah mendedahkan kegagalan pemerintah untuk bertindak dalam situasi yang membimbangkan dan menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti rancangan terbarunya untuk mengekang penyebaran virus.

Menurut ketua pegawai perubatan England, Chris Whitty mengatakan bahawa beliau tidak yakin langkah terbaru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Boris Johnson adalah berkesan untuk mengembalikan situasi semasa seperti sediakala.

Sebelum ini, Johnson telah memperkenalkan sistem three-tiered yang mengklasifikasikan kawasan di England mengikut kadar jangkitan, untuk cuba melonggarkan rangkaian larangan tempatan yang kompleks.

Manakala bandar barat laut Liverpool iaitu satu-satunya lokasi yang termasuk dalam kategori kes jangkitan tertinggi akan melarang household mixing dan menjalankan penutupan pub mulai esok sekurang-kurangnya 4 minggu.

Selain itu, pegawai kesihatan awam mengatakan kawasan utara England juga didakwa sangat berisiko.

Seterusnya, para pakar saintifik telah mengesyorkan tindakan yang lebih ketat sejak bulan lalu. Kumpulan Penasihat Ilmiah untuk Darurat (SAGE) pemerintah juga telah memberikan senarai pendek intervensi virus kepada menteri pada 21 September untuk diumumkan segera.

Tindakan tersebut termasuk menutup bar, restoran, kafe, gim dan perkhidmatan peribadi seperti pendandan rambut, dan menukar semua tuisyen universiti dan kolej secara dalam talian.

Tetapi Johnson hanya menerima satu daripada 5 cadangan iaitu mendesak rakyat untuk bekerja dari rumah.

Berikutan dengan itu, beliau telah menerima kritikan hebat kerana terlalu lambat mengambil tindakan bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Lebih parah lagi apabila angka kematian yang dicatatkan oleh Britain lebih daripada 43,000 korban dan merupakan yang terburuk di Eropah serta hampir 14,000 kes jangkitan baru dilaporkan di seluruh Britain pada hari Isnin, dengan pertambahan 50 kematian lagi. Sehubungan dengan itu, jumlah kemasukan ke hospital sekarang adalah lebih tinggi daripada ketika lockdown nasional diperkenalkan pada 23 Mac.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat