Para Pelabur Antarabangsa Hilang Sabar Dengan Malaysia!

2,563

Kini telah setahun kerajaan baru memegang tampuk pemerintahan. Pelbagai janji telah ditaburkan, namun dari masa ke semasa harapan segelintir rakyat terhadap kerajaan baru semakin memudar dan para pelabur antrabangsa juga sudah hilang sabar terhadap prestasi pasaran saham di Malayisa.

Dana-dana global mula dikeluarkan dan dipindahkan ke pasaran yang lebih baik. Hampir setiap bulan, sepanjang tahun ini saham-saham terus mencatatkan pengaliran keluar. Pada hari ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup jatuh ke paras terendah sejak Jun 2016 iaitu kepada 1,601.09. Ringgit Malaysia pun terus menyusut, sehingga hari ini matawang ringgit Malaysia bernilai RM4.1620 per US Dolar. Setakat ini ringgit Malaysia telah susut sebanyak 2% sejak mencapai bacaan tertinggi pada Mac.

Harapan para pelabur terhadap pentadbiran di bawah Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mula pudar. Ramai pelabur telah mula mengambil langkah untuk berhati-hati. Pada 7 Mei lalu, Bank Negara Malaysia buat pertama kali menurunkan penanda kadar faedah sejak Julai 2019 berikutan risiko ekonomi global.

Menurut laporan Bloomberg – Jika dilihat pada data, FTSE Bursa Malaysia KLCI telah jatuh lebih 4% pada tahun ini sehingga laman portal terkenal Bloomberg menyifatkan Malaysia sebagai pasaran ekuiti yang mempunyai prestasi terburuk di dunia. Tidak sekadar itu, pertumbuhan ekonomi juga bertumbuh dengan kadar perlahan. Keuntungan korporat juga banyak yang terjejas akibat pembatalan projek-projek infrastruktur.

Segelintir pengurus ekuiti seperti Tim Love yang menguruskan kira-kira AS$1 bilion ekuiti ,berpendapat bahawa dirinya sendiri belum ada keperluan tergesa-gesa untuk melabur dalam pasaran Malaysia buat masa ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat