Para Peniaga UK Perlukan Tempoh Tiga Tahun Untuk Peralihan BREXIT

45

Ketua-ketua perniagaan utama British yang terdiri daripada syarikat BT Group dan Centrica berkata mereka inginkan tempoh 3 tahun perjanjian peralihan Brexit untuk melindungi pekerjaan di UK dan Eropah.

Dalam surat yang disusun oleh Gabungan Industri British (CBI), yang mengabungkan lebih 100 buah syarikat dengan jumlah pekerja lebih daripada 1 juta orang yang terdiri daripada rakyat Britian dan kesatuan Eropah berkata mereka perlu membuat keputusan segera terhadap pelaburan yang akan memberi kesan kepada pekerjaan di masa hadapan.

Surat tersebut turut menjelaskan,”Sehingga perjanjian peralihan dipersetujui dan risiko ‘no deal’ dalam perbincangan perdagangan masih kekal, perancangan perlu dilakukan bersama-sama dengan kesan yang akan berlaku pada pekerjaan dan perkembangan kedua-dua belah pihak”.

Brussels berkata, perbincangan berkenaan masa hadapan hubungan perdagangan UK dan EU hanya boleh dimulakan jika kesemua 27 kerajaan di bawah kesatuan Eropah bersetuju bahawa “progres yang cukup” telah dilakukan terhadap syarat-syarat peralihan.

Britian akan meninggalkan kesatuan, dengan urusan atau tanpa sebarang urusan (no deal) bermula akhir bulan Mac 2019.

Jabatan perdana menteri UK, telah mengecewakan sebahagian komuniti peniaga pada awal bulan ini apabila mereka mengarahkan ketua-ketua peniaga untuk meletakkan nama dalam surat sokongan terhadap kerajaan bagi menghadapi Brexit, namun hal tersebut tidak menjadi kenyataan.

Surat yang disusun oleh badan peniaga utama negara turut menyatakan, “Perniagaan merentasi EU dan UK adalah jelas, jadi perancangan untuk peralihan sehingga 3 tahun perlu bagi mengelak sebarang kejatuhan akan kesan kritikal pada kejayaan kami.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat