Paradigma Berubah! Pelabur Saham Kembali Menaruh Cinta Yang Tak Pasti

177

Bacaan awal indeks pengurusan pembelian (PMI) perkhidmatan dan pembuatan Amerika Syarikat (AS) yang negatif dilihat menyemarakkan semula jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin bertindak lebih pasif dengan kenaikan kadar faedahnya.

Meneliti bacaan yang diterbitkan, data PMI perkhidmatan kuncup dari 47.3 mata kepada 44.1 mata sementara data PMI pembuatan masih di atas paras pengembangan 50 mata namun susut dari bacaan bulan lalu pada 51.3 mata.

Lantaran daripada itu, penganalisis Marvin Loh menyatakan pasaran melihat peluang bahawa Fed akan memperlahankan dasar pengetatan monetarinya kepada 50 mata asas berbanding 75 semasa Simposium Jackson Hole pada hujung minggu ini.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan indeks dolar susut 0.422% tatkala Euro melantun ke 0.24% pada $0.9965.

Ekoran itu Wall Street memperlihatkan sedikit peningkatan namun masih di wilayah merah dengan Dow Jones Industrial jatuh 0.47%, S&P 500 susut 0.22% dan Nasdaq Composite mendatar.

Indeks STOXX Eropah ditutup lemah ke paras terendah seminggu pada 0.24% dan tolok MSCI saham global junam 0.26%.

Di rantau Asia pula menyaksikan Nikkei Jepun hilang 1.2% sementara saham cip biru China jatuh 0.5% dengan Yuan susut ke paras rendah 2 tahun.

Di sisi berbeza, hasil turut merosot seiring dolar namun ia kembali naik sedikit menjelang pengakhiran sesi dan mengehadkan keuntungan pada ekuiti.

Bagi komoditi, harga minyak melonjak dengan Arab Saudi memberi amaran bahawa OPEC+ mungkin akan mengehadkan pengeluaran.

Maka berita tersebut membuatkan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) naik $3.38 pada $93.74 dan minyak Brent pada $3.74 pada $100.22.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat