Parah Buat Dagangan GBP/USD, Pound ‘Disengat’ Virus Lagi

535

Ya, pastinya mengecewakan bagi Perdana Menteri UK Boris Johnson terhadap situasi semasa yang sedang menekan ekonomi UK dalam perancangannya untuk pembukaan semula ekonomi sepenuhnya.

Dijadualkan pada asalnya bertarikh 21 Jun untuk menghapuskan sekatan pergerakan di UK, langkah tersebut terpaksa ditangguhkan 4 minggu lagi kepada 5 Julai, malah jika berlarutan boleh dilanjutkan lagi kepada 19 Julai.

Hal ini adalah berikutan serangan varian Covid-19 di India yang kini menular di UK dan membimbangkan para petugas kesihatan di UK yang dilaporkan agak ‘kebal’ terhadap vaksin.

Hal ini menjadi faktor yang akan mendorong pergerakan lemah Pound Sterling dalam pasaran pada dagangan minggu ini.

Meneliti pergerakan harga pada carta utama pasangan mata wang GBP/USD, dapat dilihat kenaikan harga yang berlaku masih terhalang dan gagal melepasi zon rintangan pada 1.42000.

Pada Jumaat lalu, pengukuhan US dolar sebelum menutup tirai dagangan minggu lalu telah pamerkan penurunan semula di samping ketidaktentuan pergerakan Pound.

Namun seperti minggu-minggu sebelum ini juga, zon support pada 1.41000 masih berjaya membendung kejatuhan lebih rendah harga selepas penurunan 90 pips dari paras ketinggian sekitar 1.41850.

Pelabur telah mendapat isyarat awal untuk penurunan harga selepas harga bergerak di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Kini pelabur sedang menilai reaksi harga pada zon support 1.41000 untuk melihat sama ada harga akan berjaya disokong naik semula atau jatuh lebih rendah.

Jika harga turun melepasi support tersebut, dengan penyusutan berterusan Pound boleh mendorong harga menuju sehingga ke zon support lebih rendah pada 1.40000.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula, zon rintanga pada 1.42000 akan kekal menjadi sasaran utama untuk diuji setelah beberapa minggu kenaikan yang dibuat terhalang pada zon tersebut.

Selain mesyuarat FOMC yang akan menggerakkan US dolar, pelabur juga akan berwaspada dengan data-data ekonomi UK pada minggu ini seperti laporan data pekerjaan UK, data inflasi dan juga data jualan runcit yang akan mempengaruhi pergerakan Pound.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat