Parah! Emas Turun Lagi

4,274

Emas melanjutkan penurunannya ke paras terendah 10 bulan ketika dagangan US dolar yang terus kukuh susulan minit mesyuarat FOMC mengekang permintaan terhadap logam kuning itu.

Penurunan harga emas berterusan sehingga mencecah harga $1,732 per auns pada sesi New York, sebelum ia kembali stabil pada $1,745 per auns pada sesi dagangan Asia hari ini.

US dolar pula kekal menguat pada paras ketinggian 20 tahun walaupun pergerakan harga dilihat mendatar selepas minit mesyuarat daripada Federal Reserve (Fed) dikeluarkan.

Menurut minit mesyuarat terbaharu, pembuat dasar bersetuju bahawa kadar faedah perlu terus dinaikkan untuk mengelakkan inflasi yang berterusan walaupun terpaksa berdepan dengan risiko kemelesetan.

Para penggubal dasar juga melihat jangkaan satu lagi peningkatan sebanyak 50 atau 75 mata asas susulan kenaikan tiga perempat mata asas yang telah dibuat pada bulan Jun.

Sementara itu, ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberitahu pada Rabu bahawa prospek ekonomi global telah merosot ketara sejak April dan beliau tidak menolak kemungkinan kemelesetan dunia pada tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat