Parah! GBP/JPY Junam Teruk Angkara Keputusan BOE

497

Tampaknya matawang Yen terus mengungguli pergerakan harga pada carta GBP/JPY bagi mendorong harga terus menjunam dan melenyapkan prestasi cemerlang yang dipamerkan sebelum ini.

Yakni yang mana Yen memperoleh manfaat untuk mengukuh di saat matawang Pound yang ketika ini diheret untuk lemah berikutan langkah di luar jangkaan yang dilaksanakan oleh bank pusat England.

Seperti sedia maklum, keputusan mesyuarat Bank of England (BOE) pada Khamis adalah mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan sama sekali jauh berbanding jangkaan yang dibicarakan sebelum ini.

Indeks Yen diperlihatkan juga seperti sedang bersedia untuk memapar kebangkitan susulan disokong oleh sentimen ekonomi yang bertambah baik setelah sekian lama terperuk di paras terendah April 2017.

Pergerakan harga pada carta GBP/JPY menyaksikan terjunan yang lebih rancak dengan kejatuhan harian melebihi 300 pips untuk mencatatkan paras terendah yang terbaharu dalam tempoh 2 minggu.

Kejatuhan yang dialami turut kembali menguji zon sokongan 153.000 dan telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk petunjuk awal bagi membentuk corak downtrend.

Manakala zon sokongan yang seterusnya pada 152.000 akan menyaksikan sebagai zon utama yang akan menjadi tumpuan pelabur andai kata pergerakan harga terus membuat aksi terjunan.

Namun jikalau harga kembali memberi isyarat untuk mencatat lonjakan, zon awal yang mungkin diuji adalah pada zon SBR (support become resistance) 155.000 sebelum harga terus mendaki.

Peningkatan lebih tinggi berkemungkinan akan menuju pula ke zon SBR berikutnya pada 156.000 yang juga merupakan zon permulaan junaman harga pada sesi dagangan semalam (Khamis).

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat